✿ ASSALAMMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA U OLSSS..!! ✿

✿ WAKTU BERDETIK ✿

FOLLOWERS

Sunday, 5 February 2012

✿ MON SAYANG, TUMPANG GEMBIRA UTK 12 TAHUN PENANTIANMU ✿



2-3 mlm lepas saya komen2 kat FB salah sorang kawan baik saya, Mon. Sorang kawan berbangsa iban yang memang saya kenali sebagai seorang yang periang / happy go lucky, kuat semangat & tak pernah menyerah kalah. Dia yang saya kenali  masa saya kerja kontrak kat Jabatan Perangkaan Kuching tahun 2000-2001. Masa saya mengenali Mon, dia dah pun berkahwin. Masa tu belum punya anak, so kami banyak aktiviti bersama2 rakan yang lain bila masa kerja or weekend or masa cuti. Menghiburkan hati..

Bila saya balik Kuching, adalah menjadi perkara wajib dalam kalendar saya untuk jumpa dia dah juga Siti, sorg lagi kawan baik saya. Yang tu je pun saya jumpa, yang lain semua lost contact. Tapi rasanya dah 6 tahun  saya x jumpa Mon ni, sekadar bertegur sapa, bertanya berita dalam FB & msg2 kat HP jer.. Saya balik thn lepas, cuti pulak sekejap sangat & ade aktiviti dgn adik beradik, so xde kesempatan nak jumpa dia & Siti.

Berbalik pada cerita tadi, selama saya mengenali Mon, saya tak pernah tengok dia sedih bila cerita pasal anak, menangis apatah lagi. Tidak pernah sama sekali. Rasanya, bila cerita pasal anak, saya yang banyak bersedih, keluar air mata bila nak cerita kat dia, meluah perasaan betapa dahsyatnya tekanan perasaan dalaman ini, tatkala  kita diaju dengan soalan bertubi2 pasal anak.. Tapi Mon yang saya kenal adalah seorang wanita yang kuat semangat, cekal hatinya & yang penting, dia tak pernah tunjuk pun kekecewaan dia bila tak memiliki zuriat sendiri. Darah kepahlawan iban agaknya terlalu kuat dalam diri dia utk tidak kalah pada aturan dan dugaan masa yg mendatang.

Seperti saya, Mon jugak melalui pelbagai usaha moden dan tradisional demi untuk mendapatkan zuriat sendiri.  tanpa usaha & penat. Namun agaknya setelah puas berusaha, berhabis wang ringgit, dan berdoa.. dia mungkin membuat keputusan untuk enjoy life yang ada tanpa memikirkan pasal anak. Dia sendiri cakap kat saya, "..U tak payah stress2, enjoy your life then make it easy. Stress tak membantu U utk menghadapi semua ni...". Betapa positifnya cara mon berfikir, tidak seperti saya yang sentiasa keluh kesah, menangisi dugaan yang datang.  

Perkembangan terakhir Mon yang saya ikuti, dia akhirnya membiarkan semua tu berlalu tanpa tekanan dlm diri dia, dan yang paling menggembirakan saya masa tu, dia buat keputusan ambik anak angkat lelaki. Sekarang dah besar pun tapi sayang saya masih belum berkesempatan nak jumpa dengan anak dia, si Benjamin @ Benji. Selepas dari itu, kami dah jarang cerita pasal anak2 ni. Mungkin masing2 dah tak de rasa nak cakap benda yang sama. Hati agaknya dah kering..Lali dengan perkara ni.


Inilah Benjamin @ Benjy, hero di hati Mon yang ditatang dengan penuh kasih sayang dari mommy & daddy nyer..

 hensem boy..!! Aunty love U, benjy darling!!


Hero.. ;)



Bila direnungkan kembali, bersyukur dan bertuahlah pada mana2 pasangan yang tak pernah melalui perasaan rasa kekurangan bila orang lain dok cerita pasal kesuburan dorg yang mana kena rancang2 supaya anak x berderet2 atau tak sempat2 nak kuruskan badan kembali kepada shape asal, umpat keji mana2 sedara mara atau ahli keluarga yang x perna memahami, sindiran org sekeliling & x perlu berpenat lelah ke sana kemari, berhabis RM / masa / tenaga  seperti kami yang pantang dengar ade makanan, ubat2an, produk2 yg katanya berkesan utk dapatkan zuriat. Syukurlah... Kawin jer terus lekat. Alhamdulillah, mungkin rezeki mereka. cepat dapat, dugaan x hebat mana pun.

Malah, yang sangat2 menyedihkan bila ada segelintir wanita sangat SENANG mengandung tapi dengan SENANG-SENANG pula melakukan pengguguran, membunuh bayi yang dikandung selama 9 bulan 10 hari tanpa  belas kasihan. Tak sayangkah pada "hasil" buah cinta yang kalian semaikan itu??? Itu pasangan yang belum kahwin, yang dah kawin pun saya pernah jumpa dengan selambanya cakap "..ingat nak buang jer ari tu, mcm2 dah makan, x gugur2 jugak...tak sangka ter-eksiden laa pulak..". Sedarkah apa yang dituturkan itu adalah menidakkan rezeki yang Allah bagi secara halal..???? Sedangkan di luar sana ramai yang saban hari mengharap satu tangisan kecil yang keluar dari rahim sendiri untuk melengkapkan diri wanita tersebut menjadi seorang bergelar IBU. 

Mungkin kami golongan yang dapat lambat ni, agaknya Allah sayang lebih (berprasangka baik terhadap Allah). Mungkin dia nak uji kesabaran kami. Dia xkan uji kalau kami hambaNya yang lemah, dah luar dari kemampuan kami, mungkin balasan nanti akan berganda2 rezeki kami (menyedapkan hati sendiri). Apelah yang mereka faham perasaan kami. nak cerita panjang2 pun, dorang cuma boleh dengar je (itu saya hargai sangat2), rasa ke dasar hati mungkin tidak. Sapa yang duduk dalam tapak kasut ni (translet peribahasa omputeh agaknya), hanya org tu jer la yang faham.

Dan, apabila Mon bgtau yang dia dah nak masuk 4 bulan mengandung.. rasanya saya lah yang paling terkejut baaaaaaaaanyak. Dari bertahun2 mengenali Mon, sampai la sekarang, inilah berita yang sungguh mengejutkan saya, saya menitiskan air mata saat berbalas msg dlm inbox FB Mon. 


Saya gembira, kerana Mon berhak mendapat apa yang diusahakan selama ni.
Saya gembira kerana inilah balasan atas kesabaran selama 12 tahun Mon.
saya gembira kerana Mon akan melahirkan zuriat dari rahimnya sendiri....
Saya gembira kerana Mon akhirnya membuktikan segala kesungguhan dia selama 12 tahun ini tak sia-sia.


dan..

Saya gembira kerana Mon sudah gembira dengan kegembiraan yang menggembirakan ini..

ya...

12 tahun yang sangat mencabar kamu..... 
Apa yang berlaku pada Mon, akan saya jadikan sumber kekuatan & keyakinan bahawa rezeki itu tetap ada cuma kita yang tak tahu bila perancangan Allah SWT untuk memberinya. 


Buat Mon, 
Tahniah sayangku Mon...
Tuhan kamu mengabulkan doa selama 12 tahun ini..

doakan jua Allahku mengabulkan doaku selama hampir 6 tahun ini..
Take care of ur baby, my dear...
thanks for being such a wonderful fren of mine..

love u olwez...


Kenangan kami dulu2.. Ni masa suprise bday party utk Mon tahun 2001. Masa ni umur baru 23 tahun. 


yang gelak over kat belakang dia tu, saya ler..heheh




Gambar ni plak 1st gathering kami lepas bertahun x jumpa demi mengikut haluan hidup masing2 selepas abis kontrak kat Jabatan Perangkaan Kuching tu. Nasib jugak laa saya nih dari dulu2 mmg suka bergambar, ade jugak kenangan. Rasanya dalam tahun 2005 @ 2006. Lupa nak tulis tarikh belakang gambar. *masa tu mana mampu beli camera digital lagi* 




tahun ni akan saya pastikan balik Kuching nnt, jumpa dorang.
Semoga persahabatan ini kekal ke akhir hayat. Insyaallah..



0 ORANG DAH HISTERIA...!!!!!:

Post a Comment

♥♫☻ KORANG SUME AKAN KELIHATAN SANGAT "SWITTT LAAAGI GOJESSSS" SEKIRANYA BERGOSIP SECARA AYU & SOPAN. TERIMA KASIH, DAUN KELADI..HEHE ☻♫♥

# KLIK TO OLDER POSTS #

# KLIK TO OLDER POSTS #
There was an error in this gadget