✿ ASSALAMMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA U OLSSS..!! ✿

✿ WAKTU BERDETIK ✿

FOLLOWERS

Monday, 27 February 2012

✿ BLOG TERABAI, BUKAN SALAHKU...✿



Kebelakangan ni mmg blog sangat2 terabai. Bukan disengajakan. Manalah ada masa nak update blog kalau pukul 8-10 malam masih lagi berada di opis. Semua gara2 pengauditan dalaman 5S yang berlangsung pada 22-24 Februari 2012 baru2 ni. 

Makanya, sblm tarikh tu menjelma, berkampung la saya di opis bermula pada hari sabtu ahad sblm tu, sampai weekdays, balik lewat sampai ke kul 10.00 mlm, sampai  rumah pun dah dekat kul 12 lepas singgah makan. Kesian anak2 bulus jugak, sempat jenguk kejap dorg dlm bilik, kasik makan & x sempat nak usap2 dorang. 

Rasa bersalah tp apakan daya... Selagi x settle pengauditan sebenar oleh MPC pada 7/3/2012 ni, selagi tu la x aman rasanya dunia. 5S kat opis plak nasib baik budak2 PRA yg tlg saya buat kerja, tu pun PRA lelaki.. dorg byk tlg gunting3, laminate, tampal ape yg patut. X ler banyak mcm thn lepas tp byk yg kene buat balik & kene perbaharui. 

Rasanya x tertanggung tugas sebagai Fasilitator wlupun ade 2 fasilitator utk zon saya sbb cuma saya seorang jer perempuan yg kene buat semua tu. Ape nak buat... dah tugas...abis pensijilan pada 7/3/2012 nnt, saya akan terus letak jawatan...bagi yg lain pulak rasa tekanan tiap kali menjelang pengauditan.. huhuhu..




itu cerita pasal 5S, dah settle keje saya (utk sementara laa) berkaitan pengauditan dalaman 5S, saya kene plak attend Corporate War Games kat Felda Residence Tekam, Jerantut dari 23-26/2/2012. Masa hari saya dah bertolak pergi tu, xtau ler ape cite audit kat opis. Saya pun x de nak tanye, dah sampai kat sana, x ingat pun pasal keje2 @ hal2 kat opis. Mula2 mcm tekanan jer nak pergi wlupun saya sendiri yg merelakan diri nak pergi sbb menggantikan rakan sepejabat, tp bila dah balik rumah...rasanya seronok plak & xde nyesal pun, wlupun hari ni terpaksa amik MC sbb betul2 x larat, dengan sakit badan & muka dah pedih sbb sunburn.

Xpe la..yang penting, seronok... hilang tekanan & byk ilmu yg diperolehi bila kat sana..



(◕‿◕✿) PSTT...NAK MERAPU SKIT (◕‿◕✿)
masa team building nih la yg jumpa mcm2 perangai orang,
ade yg bawak "jawatan" ke sana, 
ade yg jawatan tinggi tp humble..
ade yg jawatan tinggi, tp langsung xde idea & x nak memberi sumbangan
ade yg jawatan rendah tp ilmu banyak diberi @ sumbangan dlm kump,
ade yg jawatan tinggi tp keyakinan terhadap cabaran langsung hampeh..
ade yg jenis pemalu melampau2, tp akhirnya blh berckp di depan peserta lain
ade yg jenis xde mintak izin bila nak guna brg org lain, 
atau senang ckp.. pakai mcm tu reta bapak kao...
ade yg jenis lembik, manja & x bleh buat langsung aktiviti kump,
ade yg  jenis bawak perangai kat rumah ke tmpt kursus,
cth : mandi, bersiap berjam2 sampai pengguna bilik / ahli lain tertunggu2
ade yg jenis sambil lewa, x kisah perasaan ahli kumpulan...
ade yg byk ckp kat opis, sampai sana x kuar bunyik..
ade yg jenis bersikap pesimis, x yakin dgn kemampuan ahli kumpulan..

mcm2 laa... ape2pun, 
nak edit2 gambar dulu sblm masuk belog & Fb.. 
cumanya x tau biler... hehe





Saturday, 18 February 2012

✿ PETUA SUPAYA MUDAH MENGANDUNG ✿

sekadar berkongsi, dpt dr FB member... ;)



Dalam rancangan TANYALAH USTAZ (TV9), ada dikongsikan 1 petua bagaimana untuk mudah mengandung @ hamil.

Kepada yang puas berusaha denggan bermacam-macam cara. Jangan mudah berputus asa.
Cubalah pula petua @ amalan ini….


Petua Supaya Mudah Mengandung

1.    Ambil 4 biji buah kurma…suami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji
2.   Kemudian, buang biji kurma tu
3.   Blend @ kisarkan kurma tadi bersama dengan susu kambing
4.   Minum air campuran kurma dan susu kambing tersebut sorang segelas
5.    Amalkan sekali sahaja dalam seumur hidup
6.   Kemudian, amalkan minum susu kambing setiap hari waktu pagi


InsyaAllah mujarab. Selamat mencuba.

Kata ustaz tadi, setakat ni, feedback yang dia terima, kebanyakannya dapat zuriat dalam masa setahun.

Cubalah, siapa tahu ada rezeki? Allah jualah yang Maha Menentukan dan Maha Memakbulkan permintaan hamba-hambaNYA…

Sekian, sekadar berkongsi maklumat dan info untuk membantu kawan-kawan yang lain.




* Harap di share kan dengan kawan-kawan lain yang ada masalah susah mengandung yer. Moga ada manfaatnya.




sumber : PAKAR HOW TO




Sunday, 12 February 2012

✿ TERLEBIH RAJIN DI PAGI BUTA ✿

YeZzaaaa...!!
skrg jam dah kul 3.30am, 12/2/2012..
dr kul 2.45am td saya wat projek bidan terjun..tetiba terdatang rajin..
teringat ade lagi roti yg hampir2 nak ekspayed, 
terus terfikir nak buat Puding Roti..bukan baru terfikir..
semalam dah plan dah nak buat, tp asik tangguh2..
biasalah klu Vitamin "M" byk lam badan skang nih..

So dengan bahan yang ade xde lam umh nih, 
bermula la projek membakar di tengah2 pagi nan buta..
sepatutnya Puding Roti tu saya bubuh kismis, 
tp mane lah ade kismis lam umh ni..biasa mmg saya beli..
tp dah abis dah pun sekali ngan kismis yg abg saya bwk dr Mekah ari tu..
So, dlm saya selongkar2 esbok kot2 jumpa, 
berpusing2 korek stok2 bhn buat kuih.. stok..?? *mcm la saya ni tauke kek kan!*
last2 terjumpa kurma yg abg saya bg sekali ari tu..

last2, dari kismis nan xdo..saya tukar kepada kurma..
potong kecik2..susu segar? 
nasib baik ade stok susu segar utk sy mkn ngan konfleks / kokokeranch..
tu stok saya memalam kalo lapar..   

3 hari lepas, saya try buat Pavlova..
yg org war2 ckp sedap..tak nak jugak kalah..
alhamdulillah..jadik...cuma tang cream jer laa x brp nak jadik..
2nd trial, buat ptg td...kali ni guna cream lam tin, 
picit saja..alhamdulillah..jadik...
gambar malas nak edit lg..
kalo nak upload lam entry nih, 
kompom esok siap..
tenet seloww..!!
huhuu










Wednesday, 8 February 2012

✿ CUTI PAKEJ [DEMAM + MUNTAH + BATUK + SESEMA] ✿



pic ihsan angkel gugel


cuti 4 hari -sabtu, ahad, isnin (Maulud Nabi) & selasa (thaipusam)

impian nak g air terjun mandi manda sejukkan badan sempena cuti lama baru2 ni hanya tinggal angan2..  
awal2 dah saya sakit tekak, petanda nak batuk yg biasanya 2 bulan baru nak OK,
lepas tu badan mula seram sejuk, bersin2, 
akhirnya dengan rasminya saya demam & selesema.

boring! selama cuti, baring, bangun, mkn, FB - cukup masa telan ubat 
baring, bangun, mkn, FB - cukup masa telan ubat
hidung dah x bleh bernafas dah, sumbat teruk.

bila bangun pagi, terbatuk2 pastu muntah2,
 kegelian sbb kahak dah penuh pas mkn ubt batuk, mmg berkesan Sedilix tu..
tp seksa..!!

paling teruk, pagi semalam jam 2.45am saya terbatuk2,
sampai dada dah sakit nak tahan,
akhirnya, muntah segala isi perut seharian saya simpan.

sian, incek hubby penat2 masak megi campur sutun fav saya,
dan Pavlova yang saya sempat buat dlm demam2 tu, 
sekelip mata jadik habuan Mr. Jamban..
bukan rezeki...

penat muntah segala isi perut, sambung tido blk..
pun x selesa, sejuk..! rasa mcm dada kene letak ngan ais.. 

hari ni saya amik MC, 
pagi2 dah sms bos & pegawai2 utk inform, 
pun dpt sms dr pegawai junior bgtau dia pun mc..hmmm...
x larat nak duduk lame2 kat opis, dlm suasana sejuk2 tu..
kat umh, baring2 pastu tido, mabuk ubat batuk..
dlm cuti2, kul 12.30 t/hari call office pasal kerja sbb ptg tu dorg ade miting kewangan.
just kasik info pasal ade mende kot2 dorg nak update.

tu jer laa cuti 4 + 1 hari..
dah nasib........... 
ehh..
hope entry ni bukan ENTRY LAWAK...
ini kisah percutian paling "best" kot..bukan jenaka....
sekian,... 


p/s: esok dlm pertimbangan..sama ada nak EL or KEJE...
ikut hati, mmg x larat lagi nak duduk lame2..

plus : saya malu sebenarnya..
nak batuk yg keruh di muara kasih ini..
kompom memecah kesunyian opis...
hhuhuhuu...


(◕‿◕✿) 




Sunday, 5 February 2012

✿ MON SAYANG, TUMPANG GEMBIRA UTK 12 TAHUN PENANTIANMU ✿



2-3 mlm lepas saya komen2 kat FB salah sorang kawan baik saya, Mon. Sorang kawan berbangsa iban yang memang saya kenali sebagai seorang yang periang / happy go lucky, kuat semangat & tak pernah menyerah kalah. Dia yang saya kenali  masa saya kerja kontrak kat Jabatan Perangkaan Kuching tahun 2000-2001. Masa saya mengenali Mon, dia dah pun berkahwin. Masa tu belum punya anak, so kami banyak aktiviti bersama2 rakan yang lain bila masa kerja or weekend or masa cuti. Menghiburkan hati..

Bila saya balik Kuching, adalah menjadi perkara wajib dalam kalendar saya untuk jumpa dia dah juga Siti, sorg lagi kawan baik saya. Yang tu je pun saya jumpa, yang lain semua lost contact. Tapi rasanya dah 6 tahun  saya x jumpa Mon ni, sekadar bertegur sapa, bertanya berita dalam FB & msg2 kat HP jer.. Saya balik thn lepas, cuti pulak sekejap sangat & ade aktiviti dgn adik beradik, so xde kesempatan nak jumpa dia & Siti.

Berbalik pada cerita tadi, selama saya mengenali Mon, saya tak pernah tengok dia sedih bila cerita pasal anak, menangis apatah lagi. Tidak pernah sama sekali. Rasanya, bila cerita pasal anak, saya yang banyak bersedih, keluar air mata bila nak cerita kat dia, meluah perasaan betapa dahsyatnya tekanan perasaan dalaman ini, tatkala  kita diaju dengan soalan bertubi2 pasal anak.. Tapi Mon yang saya kenal adalah seorang wanita yang kuat semangat, cekal hatinya & yang penting, dia tak pernah tunjuk pun kekecewaan dia bila tak memiliki zuriat sendiri. Darah kepahlawan iban agaknya terlalu kuat dalam diri dia utk tidak kalah pada aturan dan dugaan masa yg mendatang.

Seperti saya, Mon jugak melalui pelbagai usaha moden dan tradisional demi untuk mendapatkan zuriat sendiri.  tanpa usaha & penat. Namun agaknya setelah puas berusaha, berhabis wang ringgit, dan berdoa.. dia mungkin membuat keputusan untuk enjoy life yang ada tanpa memikirkan pasal anak. Dia sendiri cakap kat saya, "..U tak payah stress2, enjoy your life then make it easy. Stress tak membantu U utk menghadapi semua ni...". Betapa positifnya cara mon berfikir, tidak seperti saya yang sentiasa keluh kesah, menangisi dugaan yang datang.  

Perkembangan terakhir Mon yang saya ikuti, dia akhirnya membiarkan semua tu berlalu tanpa tekanan dlm diri dia, dan yang paling menggembirakan saya masa tu, dia buat keputusan ambik anak angkat lelaki. Sekarang dah besar pun tapi sayang saya masih belum berkesempatan nak jumpa dengan anak dia, si Benjamin @ Benji. Selepas dari itu, kami dah jarang cerita pasal anak2 ni. Mungkin masing2 dah tak de rasa nak cakap benda yang sama. Hati agaknya dah kering..Lali dengan perkara ni.


Inilah Benjamin @ Benjy, hero di hati Mon yang ditatang dengan penuh kasih sayang dari mommy & daddy nyer..

 hensem boy..!! Aunty love U, benjy darling!!


Hero.. ;)



Bila direnungkan kembali, bersyukur dan bertuahlah pada mana2 pasangan yang tak pernah melalui perasaan rasa kekurangan bila orang lain dok cerita pasal kesuburan dorg yang mana kena rancang2 supaya anak x berderet2 atau tak sempat2 nak kuruskan badan kembali kepada shape asal, umpat keji mana2 sedara mara atau ahli keluarga yang x perna memahami, sindiran org sekeliling & x perlu berpenat lelah ke sana kemari, berhabis RM / masa / tenaga  seperti kami yang pantang dengar ade makanan, ubat2an, produk2 yg katanya berkesan utk dapatkan zuriat. Syukurlah... Kawin jer terus lekat. Alhamdulillah, mungkin rezeki mereka. cepat dapat, dugaan x hebat mana pun.

Malah, yang sangat2 menyedihkan bila ada segelintir wanita sangat SENANG mengandung tapi dengan SENANG-SENANG pula melakukan pengguguran, membunuh bayi yang dikandung selama 9 bulan 10 hari tanpa  belas kasihan. Tak sayangkah pada "hasil" buah cinta yang kalian semaikan itu??? Itu pasangan yang belum kahwin, yang dah kawin pun saya pernah jumpa dengan selambanya cakap "..ingat nak buang jer ari tu, mcm2 dah makan, x gugur2 jugak...tak sangka ter-eksiden laa pulak..". Sedarkah apa yang dituturkan itu adalah menidakkan rezeki yang Allah bagi secara halal..???? Sedangkan di luar sana ramai yang saban hari mengharap satu tangisan kecil yang keluar dari rahim sendiri untuk melengkapkan diri wanita tersebut menjadi seorang bergelar IBU. 

Mungkin kami golongan yang dapat lambat ni, agaknya Allah sayang lebih (berprasangka baik terhadap Allah). Mungkin dia nak uji kesabaran kami. Dia xkan uji kalau kami hambaNya yang lemah, dah luar dari kemampuan kami, mungkin balasan nanti akan berganda2 rezeki kami (menyedapkan hati sendiri). Apelah yang mereka faham perasaan kami. nak cerita panjang2 pun, dorang cuma boleh dengar je (itu saya hargai sangat2), rasa ke dasar hati mungkin tidak. Sapa yang duduk dalam tapak kasut ni (translet peribahasa omputeh agaknya), hanya org tu jer la yang faham.

Dan, apabila Mon bgtau yang dia dah nak masuk 4 bulan mengandung.. rasanya saya lah yang paling terkejut baaaaaaaaanyak. Dari bertahun2 mengenali Mon, sampai la sekarang, inilah berita yang sungguh mengejutkan saya, saya menitiskan air mata saat berbalas msg dlm inbox FB Mon. 


Saya gembira, kerana Mon berhak mendapat apa yang diusahakan selama ni.
Saya gembira kerana inilah balasan atas kesabaran selama 12 tahun Mon.
saya gembira kerana Mon akan melahirkan zuriat dari rahimnya sendiri....
Saya gembira kerana Mon akhirnya membuktikan segala kesungguhan dia selama 12 tahun ini tak sia-sia.


dan..

Saya gembira kerana Mon sudah gembira dengan kegembiraan yang menggembirakan ini..

ya...

12 tahun yang sangat mencabar kamu..... 
Apa yang berlaku pada Mon, akan saya jadikan sumber kekuatan & keyakinan bahawa rezeki itu tetap ada cuma kita yang tak tahu bila perancangan Allah SWT untuk memberinya. 


Buat Mon, 
Tahniah sayangku Mon...
Tuhan kamu mengabulkan doa selama 12 tahun ini..

doakan jua Allahku mengabulkan doaku selama hampir 6 tahun ini..
Take care of ur baby, my dear...
thanks for being such a wonderful fren of mine..

love u olwez...


Kenangan kami dulu2.. Ni masa suprise bday party utk Mon tahun 2001. Masa ni umur baru 23 tahun. 


yang gelak over kat belakang dia tu, saya ler..heheh




Gambar ni plak 1st gathering kami lepas bertahun x jumpa demi mengikut haluan hidup masing2 selepas abis kontrak kat Jabatan Perangkaan Kuching tu. Nasib jugak laa saya nih dari dulu2 mmg suka bergambar, ade jugak kenangan. Rasanya dalam tahun 2005 @ 2006. Lupa nak tulis tarikh belakang gambar. *masa tu mana mampu beli camera digital lagi* 




tahun ni akan saya pastikan balik Kuching nnt, jumpa dorang.
Semoga persahabatan ini kekal ke akhir hayat. Insyaallah..



Saturday, 4 February 2012

✿ CIK MONA BUAT "HAL" TENGAH HIGHWAY???? ✿




pagi tadi masa otw g keja, kitorg kene hon ngan mutosikal, 
mamat tu tunjuk2 kete kitorg, so saya ingatkan pintu x rapat ke ape..
tp bila check, pintu sume ok..last2 incek hubby suruh jelen tayar blkg.
OhMakKau..!! rupanya kaki kiri belakang cik mona pancit terussssssss..
terpaksa kasik signal nak masuk ke Shell tepi highway..
sampai Shell, incek hubby terus isi angin, 
tp rupanya mmg bocor teruk sbb dpt rasa angin tu kuar balik.

Pas sms bos bgtau saya masuk lambat sbb tayar pancit, 
incek hubby isi balik angin yg kuar tadi utk teruskan perjalanan ke workshop berhampiran.
nasib laa angin x sempat abis sblm sampai kat workshop area Sek.7 Bangi tu.
Memandangkan jam baru pukul 8.15am, workshop pun x bukak lagi, 
so kitorg menapak dari depan JPJ Bangi ke Restoran Belauk utk bekpes..
Gigihhh koooo dengan ayunya berkurung hijau, tudung hijau berjalan melintas bangunan kedai2
demi nak isi perut. yg mcm dah lapar giler walhal dah telan seketul roti gardenia jagung masa kat Shell td.

Pas bekpes, baru settle cik mona..
akhirnya sampai opis dekat kul 10.00am..
nasib baik laa ade keprihatinan mutosikal tersebut yg signal2 kat kitorg..
kalo x, time corner lelaju tu x tau ler ape jadikk..
huhu

Thursday, 2 February 2012

✿ SELAMAT HARI WILAYAH..!!! *ehh dah terlambat sehari* ✿




Selamat Hari Wilayah u'olssssssssss...!!!!
tapi itu ucapan utk semalam..bkn hari ni..hahah
wlupun terlambat satu hari, still nak ucap jugak dengan hepinyer..
sebab semalam kitorg cuti..!! Yeaaaaaaaaahhaa..!!
Tapi..nama jer cuti...pada hakikatnyer, cuti dok umh jer..
bangun lambat, tekak rasa perit, idong sumbat..
badan sejuk..x mandi pun sampai kul 1 petang..

incek hubby lak dah g keje pepagi...OT..
so bermalasan ler dpn tv layan astrokkk..
pastu bila incek hubby call ckp nak balik kul 1.00 ptg, 
baru kelam kabut bangun masak..
masak simple2 jer sbb x larat nak dok lame2 kat dapur..
goreng ikan mabong cicah sambal kicap,
sayur campur (kobis bunga, cendawan shitake fresh & brokoli)
pastu ade belen asam pedas tenggiri yg asik kuar masuk kuali utk panaskan..
Alhamdulillah kenyang sampai ke malam.. 

Incek hubby plak pas mkn lagi sekali sblm maghrib tu,
terus g sedium tgk Kelantan vs Harimau Malaya..
*perut biasa mkn kat umh, g mane2 pun still mkn kat umh dulu wlupun nak g kenduri kawin* 
tinggal laa bini dia sorg2 kat umh..  

so mlm tu BW & berFB la saya sampai ke malam, 
sambil alas perut ngn roti + jem stoberi + butter & segelas milo panas..
*makan lagii.. hahahahah*


# KLIK TO OLDER POSTS #

# KLIK TO OLDER POSTS #
There was an error in this gadget