✿ ASSALAMMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA U OLSSS..!! ✿

✿ WAKTU BERDETIK ✿

FOLLOWERS

Saturday, 7 January 2012

✿ TANPA ZURIAT, REDHAKAH KITA...✿

klik punye klik kat belog sorg member kepada member kepada member kepada member, atau senang ckp..saya x ingat pun member kepada member sapa yg mana satu.,...maybe rakan se-TTC.. jumpa satu [ENTRY NIHHHHH]... yg bila saya baca, rasa tersentuh jauh ke dasar hati... 


"Tanpa zuriat,Ujian dari Allah" --> Redhakah Kita?

Monday, 2 January 2012


Saat petang kian melabuhkan tirainya, sempat saya menyelak beberapa komentar rentetan tajuk entry semalam kala saya mengumumkan kehadiran 'si kecil' ini.

Terima kasih atas semua wish dan doa yang ditaburi. 
Amat menarik sekilas memandang tinta bicara & komen  penutup dari seseorang iaitu Kak Ieda..

"alhamdulillahh mia. akak ingatkan mia kecewa apa tadi. ok ape mia ,mia tunggu setahun aje ..adik akak dah 9 tahun mia .. kesian dia , siang malam x putus berharap , sampai skrg dia dah lali ..besar dugaan allah,"

"dulu masa akak baru2 kawin , ada je org duk tanye , belum ada ape2 lagi ke ? selambee akak jawab , x nak layiee saya nak relax2 dgn hubby , tapi dlm hati cakap , kalau dah rejeki dari allah x akan kemana lambat cepat je. dlm hal macam nie kita memang x leh gelabah , kalau kita normal , kenapa nak takut kan,"

"macam adik akak normal suami isteri punn x ada rezeki lagi , semua atas ketentuan alllah .. dia maha mengetahui .. x mengandung bukan bermakna kita x leh mengandung. skrg adik akak tuu masih berharap , kesian dia setiap kali kami adik beradik mengandung , mia bayangkan perasaan dia macam mana ?? 

sampai akak dah hafal kata2 dari dia ..

" hurmm aku nie , ashik terima anak saudara jelahh , bilalahhh nak dpt anak sendiri " 
 
x terkata akak nie .. sedih sght2 ..
cuma mampu menyuruh dia bersabar ..

"tahniah dari akak buat mia , jaga kandungan , ingat satu jika allah berkehendakkan , dia akan ada , kalau tidak , kita jaga macam mana sekalipun kalau bukan rejeki kita , ia x akan jadi milik kita ;),"


**********************************

Semalaman saya bermuhasabah dengan ayat penutup dan mesej Kak ieda ini. Ya, saya mengakui bahawa rezeki Allah sememangnya dalam pelbagai bentuk. Begitu juga ujian dari-Nya. 

Hidup kte ini tidak akan sunyi dari ujian, cabaran dan rintangan dari Allah SWT. Ada orang diuji dengan penyakit, ada orang diuji dengan bertahun-tahun menunggu tiada zuriat, ada yang terpaksa memelihara anak-anak cacat, ada suami yang penagih dadah, ada isteri yang ditinggalkan kerana perempuan lain, panas baran yang menyiksa isteri malah ujian rumahtangga. Ini yang paling common sekali. Ada yang masih kecil lagi diuji yg mana ibu bapa meninggal dunia, dirogol keluarga sendiri, diseksa ibu tiri dll lagi.

Bertahajud kepadanya di tengah malam semalam....
Saya sujud syukur di atas segala kurniaan-Nya.
Doa tidak putus-putus agar diri saya sihat begitu juga baby terus subur membesar dalam rahim ini. Itu juga pinta saya kepada suami dan doa dari ibu yang melahirkan saya.


Kisah cerita Kak ida mengenai adiknya yg 9 tahun tidak mendapat zuriat hingga kini begitu meruntun kalbu saya...Ya, hendak diperjelaskan...saya juga memahami rasa derita jiwa isteri itu. Namun kte serahkan pada Yg Maha Esa. Dia sahaja mengetahui apa yg terbaik utk kte. 


Terkadang tanpa sedar kte leka akan rezeki yang diberikan oleh Allah....Ada di antara kita meski tidak punya anak tetapi diberi Allah suami @ isteri yang baik sifatnya, dikurniakan harta dan mudah mendapat pangkat, disenangi dan mudah mendapat rakan. Ada pula yang dipermudahkan laluan hidup dan macam-macam lagi.


Ada sesetengah pula di antara kita..apabila Allah mengurniakan kita akan zuriat yang berderet-deret, kita sering berkeluh-kesah mengatakan :-

"Aduh, dah masuk empat, melekat lagi la abang," 


Ada juga yang mendapat anak lelaki semuanya, dan ingin pula anak perempuan. Sedangkan zuriat sudah ada berbanding insan-insan lain yang masih menanti saban tahun akan nikmat ini. Haruskah kita bersyukur dengan memandang nasib wanita-wanita lain yg tidak punya zuriat ??


Muhasabahlah dan pertimbangkan dr perspektif yg berbeza.
~ Ada orang belum dikurniakan zuriat. Jika kita berada di tempat mereka terdayakah kita?
~ Ada orang dikurniakan anak istimewa. Jika kita berada di tempat mereka terdayakah kita?
~ Ada orang dikurniakan anak, kemudian ditarik semula. jika kita berada di tempat mereka terdayakah kita?


Persoalan tentang kehidupan ini bukan hanya berkisar pada zuriat saja. Ia berkisar tentang ujian yang Allah beri. Ada atau tanpa anak, Allah tetap memberikan ujian
.

Siapakah kita untuk mencaturkan takdir-Nya. Penentuan bahawa bayi kita yang dikandung ini akan sihat, wujud @ tidak ....semuanya telah tertulis di tangan Allah. Kita sebagai manusia hanya berusaha, berdoa dan bertawakal semoga Allah melapangkan jalan impian.


Ibarat mencari jodoh. Mencari-cari pasangan bagai menggila, menangis-nangis melihat orang lain bahagia..namun apakah kita tidak bahagia dengan kehidupan yang Allah berikan kini? .


Marilah kita sama-sama renung kembali akan nikmat yg diberi-Nya. Peringatan juga buat diri saya yang lemah sebagai manusia. 




Andai diri kita diuji dengan kesusahan hidup dan punah harapan, tetapkan hati dan bersangka baiklah kepada Allah. Ya Allah rindu untuk mendengar luahan bicara kita. Allah amat suka mendnegar bisikan-bisikan hati yg rindu kasih sayang-Nya.


Sedang diri kita di uji, Allah sebenarnya ingin memelihara kita dari sejuta keburukan. Setiap kepahitan akan diakhiri dgn kebaikan. Berlapang dada dan bersyukur penuh redha agar kebaikan dunia akhirat menjadi milik hati kita. Moga ia digantikan dgn ketenangan , redha dan ikhlas hasil husno dzon kita dengan Allah.











0 ORANG DAH HISTERIA...!!!!!:

Post a Comment

♥♫☻ KORANG SUME AKAN KELIHATAN SANGAT "SWITTT LAAAGI GOJESSSS" SEKIRANYA BERGOSIP SECARA AYU & SOPAN. TERIMA KASIH, DAUN KELADI..HEHE ☻♫♥

# KLIK TO OLDER POSTS #

# KLIK TO OLDER POSTS #

#BLOG ARCHIVE#

There was an error in this gadget