✿ ASSALAMMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA U OLSSS..!! ✿

✿ WAKTU BERDETIK ✿

FOLLOWERS

Thursday, 2 June 2011

✿ MURTABAK DAGING BISKUT CRACKERS ✿

Nih bukanlaa resepi pebret haku, haku kureng skit daging2 cam nih kecuali spaghetti, tiap kali ade jualan mende nih kat opis haku pun x pnh beli. Cam x hingin jer nak makan tp sbb ade request soh buat, so terpaksa la buat tgh2 malam. Entry nih pun terpaksa buat sbb haku nak clearkan gmbr2 lam camera haku, Menyemak jer ngan gambar ntah hape2.


Bahan2 untuk daging:
  1. 1 bungkus daging cincang - bilas utk buang air darah & toskan.
  2. 2 biji bwg besar - didadu
  3. daun bawang / daun sup, bawang goreng / cili merah & hijau dihiris
  4. 5 ulas bawang putih & 5 ulas bawang merah
  5. 1 inci halia - dihiris halus
  6. minyak untuk menumis secukupnyer
  7. 6 sudu makan cili boh
  8. cili padi - ikut suka hati nak letak (kalo suka pedas ler)
  9. garam / aji  secukup rasa
  10. lada sulah @ lada hitam *ikut suka nak letak or tak) 
  11. 5 biji telur ayam - dipukul, bubuh lada sulah sikit.


Cara Masak Daging Cincang:-
  1. Tumis bwg merah, bwg putih, cili padi. cili boh & halia sampai naik bau.
  2. Masukkan daging cincang & bawang besar yg tlh didadu.
  3. Masuk sikit air, lada sulah/hitam & garam aji secukupnyer. 
  4. masak sampai agak kering. Ketepikan.




Bahan Untuk Biskut:

  1. 1 bungkus biskut krim Cracker (haku guna cap ping pong)
  2. setengah tin susu cair & setengah tin santan dicampur ngan sedikit garam - panaskan sekejap.

Cara Membuat :

  1. Celup biskut dlm susu yg dipanaskan tadi.
  2. susun dlm loyang. Kemudian taburkan daging, cili merah & hijau, daun sup, daun bawang.
  3. Siram lapisan tersebut dgn telur yg telah dipukul sedikit.
  4. Ulangi proses 1 hingga 3 selapis demi selapis.  



loyang kne sapu ngan butter sedikit sblm bubuh biskut yg dah dicelup susu/santan


susu, santan & sedikit garam yg tlh dipanaskan sekejap. 


 5 biji telur + sedikit lada sulah dipukul sedikit.


 cara menyusun.

 lepas bubuh daging, tekan sikit2 nak padatkan bhn2


 baru tabur dgn cili merah/hijau, bawang goreng & last siram dgn sedikit telur tadi.


 menunggu untuk dibakar hidup2




 bakar selama sejam setengah dalam suhu 170*C.


dah masak, tp gambar dah potong2 xde..
malasssssssssssssssssssssssss...


(◕‿◕✿) PSTT...NAK MERAPU SKIT (◕‿◕✿)
haku nyer x-bos asik tagih murtabak sardin plak..
dulu haku salu gak buat, bawak g opis...
Yeahhh..!! yang tuh baru pebret haku.... ;)


errrr...esok kalo rajin nak buat sandwich..
pun x-bos jgk asik tagih...
dia ckp since haku pindah opis nih xde dah makan2 free...
heheheh


0 ORANG DAH HISTERIA...!!!!!:

Post a Comment

♥♫☻ KORANG SUME AKAN KELIHATAN SANGAT "SWITTT LAAAGI GOJESSSS" SEKIRANYA BERGOSIP SECARA AYU & SOPAN. TERIMA KASIH, DAUN KELADI..HEHE ☻♫♥

# KLIK TO OLDER POSTS #

# KLIK TO OLDER POSTS #

#BLOG ARCHIVE#

There was an error in this gadget