✿ ASSALAMMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA U OLSSS..!! ✿

✿ WAKTU BERDETIK ✿

FOLLOWERS

Thursday, 21 April 2011

# TAK PERLU BERSESAK UNTUK MEMOHON GANTIAN MYKAD #

New Straits Times 21/4/2011 (Prime News/4) 


PUTRAJAYA: Orang ramai yang ingin membuat Permohonan Gantian MyKad kini tidak perlu lagi bersesak bersama pelanggan lain, di kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kerana mereka boleh berbuat demikian secara dalam talian melalui portal jabatan berkenaan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, Permohonan Gantian MyKad Secara Dalam Talian mula dilaksanakan pada 15 April lalu bagi memudahkan orang ramai membuat permohonan melalui capaian Internet. Menurutnya, melalui aplikasi itu ada tiga jenis permohonan gantian MyKad yang ditawarkan iaitu gantian MyKad disebabkan cip atau kad rosak, gantian MyKad biasa dan gantian MyKad hilang tidak melebihi lima kali. 

“Permohonan ini juga membolehkan pelanggan memilih Pusat Kutipan MyKad di mana-mana kaunter JPN yang berdekatan mengikut pilihan masing-masing,” katanya, pada sidang media di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 JPN, di sini, semalam. Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pendaftaran dan Imigresen) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Raja Azahar Raja Abdul Manap, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN, Wahab Mohd Yasin dan Ketua Pengarah JPN, Datuk Alwi Ibrahim. Seramai 341 kakitangan JPN daripada pelbagai cawangan JPN di setiap negeri menerima anugerah berkenaan. Abu Seman berkata, tempoh siap untuk gantian MyKad melalui sistem itu ialah 24 jam, sama seperti permohonan melalui kaunter.



“Pelanggan perlu membawa resit salinan komputer yang diperoleh sewaktu melakukan pembayaran secara dalam talian untuk menuntut MyKad mereka apabila siap. “Bagi pemohon yang tidak dapat mengambilnya sendiri, mereka perlu memberi surat kuasa kepada wakil untuk mengambil MyKad yang sudah siap,” katanya. Menurutnya, sejak sistem itu diperkenalkan JPN sudah menerima 15 permohonan gantian MyKad termasuk satu daripada rakyat Malaysia yang berada di Australia. 


“Kita mahu orang ramai menggunakan perkhidmatan disediakan ini, sekali gus mengelakkan berlaku masalah kesesakan di kaunter JPN,” katanya. “Setiap hari, (sebagai contoh) JPN Putrajaya menguruskan hampir 500 hingga 600 permohonan berkaitan MyKad,” katanya. Katanya, orang ramai yang ingin membuat permohonan itu boleh melayari laman web www.jpn.gov.my bermula jam 8 pagi hingga 11 malam pada Isnin hingga Jumaat, Sabtu (8 pagi-2 petang) dan Ahad (8 pagi-9 malam).


Sumber kopi-pes dr [SINI].


(◕‿◕✿) PSTT...NAK MERAPU SKIT (◕‿◕✿)
Yeahhh...!!~  dh lame berkira2 nak tuko myKad yg buat thn 2004 ke bile ntah tp memikirkan nak buang masa 1/2 hari Q kat sane, last2 asik tangguh2 jek. Masa tuh 1st edition myKad kuar & JPN wat kaunter bergerak kat Presint 9, Putrajaya.. haku g ngn x-opismet siap nek bas kitorg semangat nak wat MyKad. Himejin jer la bergambar dlm keadan cuaca panas & panas ati sbb ade sorng budak anak sape ntah umo dlm 8-9thn yg mulut kecik2 dah laser shiolll dok sound haku sbb sibuk betulkan tudung yg tgh senget tuh, dgn berpeluh2 lg & kipas plak angin dia kuat giler sampai penyek2 tudung (dulu mane ade tudung awning keras cam skang nih yg dijamin x kan penyek wlu kne ribut tupan sekalipun)


Hasilnyer gmbr kat MyKad tuh muka haku siryes tgh marah + xde mud dek keceluparan molot budak kureng hasem tuh. Yerr..haku tau dia budak, tp mak dia yg dengar budak tuh sound haku cam nih "..asek nak betulkan tudung jer, xde la lawa mane.." bleh plak diam jek tgk haku dgn mata terkebil2 cam mak beruk kne ujan panas. Kalo ikut ati panas haku yg tgh panas, mau ku lempang jer budak tuh tp haku sabo jer laa... sambil jegilkan mata bulat2 sampai cam nak terkuo & menahan rasa nak carik pasal ngan budak tuh. Kalo anak sedara or nnt2 anak haku ckp cam tuh, sure dah kne dah. Mak pak haku x pnh ajar cemane nak kuang ajar ngan org yg lebih tua. ehh.. lebih muda dr kita pun x bleh kuang ajar. Kne belajar & didik cemane nak hormat orang lain. *emo*


Sekarang myKad tuh dah terkopak sana sini & uzur giler seperti gambo di bawah. Kalo nak hulur2 time g mane2 urusan yg melibatkan MyKad, haku hulur sambil toleh tmpt lain lg tuh. huakakakak!!! :))



mmg ic zaman dolu kala punye... tih tih tih :p


    • nak tukar pic konon lawa2, bleh mekap2 dulu kaver jururawat & pori2 muka & nak tukar alamat. B4 nih alamat Putrajaya, masa dok nyewa bujang dolu2. Neh cam nak tukar add SARAWAK balik. Letak add umh sirik kat Kuching. Dolu2 punye ic letak add kpg (Mukah/Oya). ngeeee *gewdixss

0 ORANG DAH HISTERIA...!!!!!:

Post a Comment

♥♫☻ KORANG SUME AKAN KELIHATAN SANGAT "SWITTT LAAAGI GOJESSSS" SEKIRANYA BERGOSIP SECARA AYU & SOPAN. TERIMA KASIH, DAUN KELADI..HEHE ☻♫♥

# KLIK TO OLDER POSTS #

# KLIK TO OLDER POSTS #

#BLOG ARCHIVE#

There was an error in this gadget