✿ ASSALAMMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA U OLSSS..!! ✿

✿ WAKTU BERDETIK ✿

FOLLOWERS

Saturday, 19 March 2011

#HAKU & HOSPITAL PUTRAJAYA - 18-26/3/2008 [PART 3]#

sambungan Part 3....

::: HARI KE-3 (21.03.2008) JUMAAT:::

D.E.M.A.M haku makin teruk! Tiap kali nurse datang amik suhu badan, haku tanye berape bacaan. Asyik-asyik 39°,40°@ 41°. Ada time haku x larat nk tanye. Haku dah risau dah. X kisah lg yg cucuk2 ubat nih. Cemane la klu asyik demam cam nih? Bila nak baik? Klu x baik2, cemane? Bila nak kuar? Selamat ke haku? Panjang ke umo haku? Klu setakat tuh umo haku, cemane? “Bekalan” tak seberapa. Byk betul haku fikir. Last2 haku dah rasa makin x leh nak bertahan dah. PASRAH pun ade gak time tuh. Sedey betul bila fikirkan keadaan aku macam tuh. Nak2 lagi tgk akak depan katil haku yg apendiks gak tp Doktor ckp bleh kuar esok. Dia pun pecah gak tp haku tgk  sehari lepas operation tuh, dah bley bangun g toilet dah dia. Iskk.. Sedangkan haku nak angkat tangan pun mmg x larat. Dgn wayar kiri kanan + kat kaki lagi...


HAUS 

Hari ke-3 nih haus yg tak tertahan sangat. Haku bgtau nurse nak mintak air, dia kata haku x bley minum air lg. Kene posa sampai Doktor cakap boleh minum. Tiap kali nurse tuh datang, rasa cam mintak sedekah jek nak mintak sikit air tp sah2 x boleh. Nih dah masuk 3 hari haku x makan. Yg x makan boleh tahan lg. Lgpun haku dah hilang selera makan. Bayangkan cium bau makanan jek, haku dah rasa loya & pening. Mak makan buah mangga @ yg goreng2 pun haku dah lain macam. Bila x minum ape2, dengan sesak nafas, tekak haku jadik kering sesangat. Last2 tgh2 mlm haku merayu kat mak nak sikit air. Cukup utk basahkan tekak. 


MINUM AIR (5 PENUTUP BOTOL MINERAL)

Agaknyer sebab kesian, mak haku kasik jugak. Dia tuang sepenutup botol mineral tuh. Haku curik2 minum. Dapat sepenutup, haku nak lagi..nak lagi..nak lagi..sampai 5 penutup. Tuh dah kira bersyukur sangat akhirnyer merasa jugak air. Time tuh, haku rasa air mineral tuh ler paling S.E.D.A.PMacam sejuk2 manis jek rasa masuk tekak. Korang bayangkan kalo korang haus giler, sure korang togok minum sampai 2 gelas air kan..?? Tak yah amik cth lain, bulan posa..bukak posa tuh menggila korang carik air kan..??? heheh...  Haku dpt 5 penutup pun rasa dah bersyukur giler2.....


MIMPI BURUK! PETANDA KER??


Petang tuh haku mimpi. Mimpi buruk! Haku dalam kandang besi. Haku kene kejar dengan sekor makhluk yg ntah macam ape. Muka buruk & pelik. Nak tangkap haku. Haku lari, last2 kene tangkap gak. Dia nak gigit haku! Lepas tuh, haku tiba2 terjaga. Mak haku cakap badan haku cam terangkat skit. Kalau ikut keupayaan haku masa tuh, jgnkan nak angkat badan, angkat tangan pun haku x berdaya, apatah lagi nak pegang henpon segala. Haku citer kat mak haku psl mimpi tuh, dia kata demam2 cam nih, mungkin benda lain nak kacau. Dulu masa haku kecik2 pun salu cam tuh. Klu demam skit, macam2 aku mimpi. 

Lepas baca beberapa ayat suci yg haku ingat (cam mamai jek), haku ngantuk balik tp sebenarnyer takut nak tido. Takut mimpi tuh datang balik.  Haku lawan rasa ngntuk tuh tp sebab dah x tahan sangat, haku panggil nurse cakap nak mintak ubat tahan sakit (sebenarnyer x sakit tp biasa kalau lepas cucuk ubat thn sakit, haku terus tertido). Lepas nurse kasik ubat, haku tertido. Berat jek mata.

Akak yg jaga budak sebelah katil haku tuh kejap2 datang tempat haku. Dia mintak maaf kalu haku x boleh tido sebab adik dia bising. Haku cakap haku faham, x kisah pun. Dah namanya sakit. Haku pun ade time mengerang jugak bila dah x tahan sakit.


MIMPI YANG SAMA LAGI

Mlm tuh, haku mimpi balik benda yg sama. Sedar2 tuh haku jadik takut nak tido balik. Masa tuh macam2 dah terbayang kan kepala haku nih. Bila pandang muka mak haku yg dah 3 hari x lelap tido, x terjaga makan minum & x cukup rehat jaga haku, rasa tersentuh kat ulu hati haku nih. Agaknyer ape2 jadik kat haku, cemane la dia? Haku nk jaga mak haku yg dah tua tuh selagi hayat haku / dia terdaya. Kucing2 haku kat umah tuh lepas nih sape nak jaga? Hubby aku lagi???? Iskk… mcm2 mende yg haku fikir yg kdg2 haku rasa haku takkan berpeluang nak buat lepas nih. Sblm nih haku ade jugak sakit2 tp x pernah rasa seteruk nih. Rasa mcm dah terlambat utk segala2nya..hmm..


INCEK HUBBY, AMPUNKAN ISTERIMU KALAU..

Last2 haku rasa cam redha jek. Mintak mak amik hp haku & sedaya upaya dgn tangan menggigil2 mendail nombor. Haku call hubby. Mintak ampun & maaf kat dia. Mintak halal makan minum haku selama dekat 2 thn jadik wife dia. Haku cakap haku rasa lain macam jek. Dia pujuk haku. Dia bgtau sume tuh xde pape. InsyaAllah lepas nih haku sihat tp haku bgtau dia haku dah x boleh nak bertahan dah. Badan haku makin lemah, rasa dah x mampu nak tanggung semua kesakitan nih. Hari tuh kebetulan plak incek hubby x bleh dtg. DEMAM dia pun agak teruk! Masa tuh haku terpaksa redha jer andai kata haku x berkesempatan jumpa dia...  


MAK, AMPUNKAN JUGA ANAKMU KALAU...

Kat mak pun haku mintak ampun maaf kat dia. Mintak dihalalkan setiap air susu dia kat haku. Mmg sedih giler masa tuh. Sedih + takut nak menghadapi semua kemungkinan. Mmg ajal maut tuh di tangan Tuhan, tp sape tau mungkin nih ler titik noktahnyer. Lepas tuh rasa tiba2 jek haku ngantuk teramat sangat. Haku mintak mak cium dahi aku. Haku pegang tangan dia. Sape tau utk kali t.e.r.a.k.h.i.r? Haku tgk mak menangis. Haku x pnh tgk mak menangis utk haku cam tuh. Dlm family kitorg nih cuma ade adegan air mata kalo time bersalam2an di pagi raya jer terutama pas arwah ayah haku xde. Pastuh sekali masa haku nak balik Semenanjung time pas kawin dulu.  


Sblm tido, haku  smpt berdoa lam ati mintak2 dipanjangkan umur haku & semoga esok haku berpeluang menatap muka mak & hubby lagi. Hanya 2 orang tuh jek yg  haku ade..


bersambung..




0 ORANG DAH HISTERIA...!!!!!:

Post a Comment

♥♫☻ KORANG SUME AKAN KELIHATAN SANGAT "SWITTT LAAAGI GOJESSSS" SEKIRANYA BERGOSIP SECARA AYU & SOPAN. TERIMA KASIH, DAUN KELADI..HEHE ☻♫♥

# KLIK TO OLDER POSTS #

# KLIK TO OLDER POSTS #

#BLOG ARCHIVE#

There was an error in this gadget