✿ ASSALAMMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA U OLSSS..!! ✿

✿ WAKTU BERDETIK ✿

FOLLOWERS

Saturday, 19 March 2011

#HAKU & HOSPITAL PUTRAJAYA - 18-26/3/2008 [PART 2]#

sambungan Part #2..


HARI NIH OPERATE (19/3/2008 :RABU)

Pagi tuh Doktor2 ramai yg datang. Satu kumpulan sekali ngn doktor pelatih kot. Doktor yg aku agak ketua tuh cek perut haku sambil2 bg penerangan kat yg lain. Sume pandang haku. Rasa segan pun ade gak. Pestaim haku jadik tontonan umum depan ramai2 cam tuh. Tp haku wak bodo jekk. Alah..dlm korang sakit2 cam tuh, xde masa nyer nak layan perasaan malu tu. Lepas tuh Doktor tuh bgtau yg operation akan dijalankan kul 11 am nnt. Lepas dorang blahh, haku tanye hubby jam kul brp. Baru kul 8.30 am. Ade 2 jam ½ lg. Hubby aku cuti ari tuh. So, urusan kuar masuk jumpa Mr. Tan yg haku x larat nak kira brp kali, dia yg temankan. Takut haku pengsan lam toilet kang, payah lakk. 

Dekat2 kul 11 am tuh, haku jumpa Mr Tan lagi. Makin kerap. Haku pun dah x larat dah. Last2 haku cam tertido kejap. Sedar2 tgk jam dah 1.00 pm. Iskkk..kata nak operation 11.00 am? So, makin berdebar le haku nih tgk xde panggil2 lagi. Dalam berdebar2 nak kene panggil lam bilik bedah tuh, haku jumpa Mr. Tan lagi. Kali nih lebih kerap & yg last tuh paling lame. Hubby & Mak tolong pegang haku. Haku dah rasa cam nak pengsan dah. Hubby bgtau muka aku dah pucat + berpeluh2. Dalam haku rasa nak pengsan tuh, cik misi @ nurse bgtau dewan bedah dah panggil. Haku xsudah2 lg. Hubby haku kejap2 cakap kejap lagi..kejap lg… Last2 dorang soh kuar gak tp soh haku pakai pampers! Mak aiiii….


OMG..!! KNE PAKAI PAMPERS!!

Nurse tuh cakap x leh lame2 sebab dewan bedah dah tunggu. So, kalau berhajat ape2, settlekan dalam pampers. Arghhhhh…Pampers..haku x pnh imejin pun nak pakai pampers  di hari2 tua cam nih..huhuhu.. Haku bukan nak yakkk ke ape ke…rasa jek cam nakk tp sebenarnyer tak. Cuma takut jek la. asa cam x caya lak haku atas katil tuh. Cirit tuh setat jadik bila haku dah kne infection kat usus, sbb tuh asik rasa cam nak yakkk wlupun x mkn ape. Last2 dorang soh haku baring atas katil utk pasang pampers. Yg buat sume nurse praktical dr Masterskill then disorong ke dewan tuh. Rasa malu + segan buang ke tepi, yang penting cepat2 kne operate, rehat sehari 2 pastuh kuar hosp. *kok yer blh kuar cepat..! ;p 


OMG..TAKUT GILER!!!

Time terbaring sblm dorang sorong ke dewan bedah tuh, haku rasa takut + sedih + tak sabar nak kne bedah. TAKUT macam2 kemungkinan dalam dewan bedah, SEDIH tgk mak haku nangis. TAK SABAR nak kne bedah sbb haku dah tak larat nak tanggung kesakitan yg amat sangat nih. Mata hubby dah merah. Tp haku tau dia cuba kuatkan hati & tunjuk perasaan dia time tuh. Haku pun xleh nk tahan gk. Haku mintak ampun kat mak & hubby dan mintak halalkan makan minum haku. Mana ler tau kan? Ape2 buleh jadik. Ingatkan incek hubby & mak x leh tunggu kat dewan bedah, nasib baik cik misi tuh cakap buleh tunggu kat dewan bedah. So, dorang pegi sekali. 


TUKAR KATIL DLM DEWAN BEDAH

Masuk2 jek dalam dewan bedah, kene tukar katil sekali lagi. Dalam tuh dorang tanye2 haku nk buat operation ape, tanye nama penuh & no. IC. Lepas tanye2 tuh, baru dorang sorong dalam bilik bedah. Mak oiiiiii…tuh ler “pestaim”  haku masuk bilik bedah. Macam dalam drama lakk. Rasa “nebes” haku berkurangan tgk Doktor2 bagi layanan baik jek kat aku. Siap senyum2 lg tuh. X kisah ler senyum ikhlas ke, x ikhlas asal aku x rasa ape2 yg x kene. Lepas xplen ape prosedur dalam bilik bedah, Doktor “injek” ubat kat haku. Lepas tuh, haku rasa cam ngantuk yg teramat sangat. Try gak nk lawan rasa mengantuk tuh, tp last2 haku x sedar ape2.


SEDAR

Aku x pasti bape jam aku x sedar. Tau2 Doktor pompuan kejutkan haku bgtau "dah siap”. Siap? Lepas sedar kejap, haku tertido balik. Kesan ubat bius x ilang lg kot. Lepas tuh dia kejutkan lagi & bgtau dah nak masuk wad dah. Haku bg respon sikit jek. Badan @ perut haku xde rasa ape2. Bukan cam lepas operation. Cuma lemah skit. Lepas tuh haku tido lg. Sedar2, dah dalam wad. Mak haku kejutkan soh bangun. Bukak2 mata, nampak hubby aku. 


ALHAMDULILLAH.. HAKU BERSYUKUR YA ALLAH..

Masa tuh rasa bersyukur sangat aku masih kat situ, diberikan peluang utk terus menjalani hidup neh. Terharu pun ade. Hubby aku bgtau aku dalam operation room dekat 3 jam! 2.00-5.00 pm. Aku terlelap balik, lepas tuh sedar lg bila hubby aku bgtau member aku, Aziddin datang. Org 1st dtg melawat!. Haku pun x tau sape yg bgtau dia haku operate ari tuh. Xtau nk sembang apa dengan mata haku berat semacam jek, still mamai2. Byk dia yg borak ngn hubby aku. Fina, wife dia pun ada sekali. 


LAGI OMG..!! KNE PASANG URINE TUBE..!!

Lepas dorang balik, nurse datang bgtau Doktor nak tgk air banyak mana masuk & kuar dalam badan, so dia nak pasang urine tube. URINE TUBE?? Mak aiiiiihh….!!! xdapat haku nak imejin. Nak xnak, terpaksa la pasang jugak sebab kompom haku x leh nk bangun g toilet. Nak gerak2 badan pun x larat. Datang budak2 nurse yg wat practical kat situ. Lepas dorang amik suhu & tekanan darah, sorang nurse hospital & sorg budak nurse practical pasangkan urine bag tuh. Sakit jugak tp sebab haku masih lg ada kesan2 bius, so x ler terfikir sangat pasal sakit tuh. Pasang urine tube nih, sedih pun ade. Teringat arwah ayah haku dulu pasang urine bag gak lepas buah pinggang dia x berfungsi 2-2 belah. Lagi ler seksa bg orang tua cam dia.




::: HARI PERTAMA- LEPAS OPERATION (19.03.2008) RABU :::


Mlm tuh dtg nurse india nak lap badan & tukar baju aka uniform haku. Dia mintak haku angkat badan skit tp haku cakap haku nih nak gerakkan kaki pun x larat. Dia cakap gerak sikit jek. Mak aihhh…! x paham bahasa Melayu ker dia nih?? Haku dah cakap x boleh tuh, xboleh ler… Haku dengan perut terbelah cam nih, nak gerak cemane??? Kang haku cakap bahasa Melanau aka bahasa ibunda haku kang lg dia x paham. Last2 dia lap cam tuh jek. 

Badan haku mmg langsung xleh gerak dah masa tuh.  Dah ler nurse tuh kasar skit cara dia lap. Yg tiub kat urine bag tuh pun terkene tangan dia. Sakit badan haku nih kene lap. Haku cakap sakit, dia mintak maaf. Lepas tuh buat lagik tp haku mmg xlarat nak cakap ape2. Mlm tuh haku rasa tido lena skit. Mungkin sebab asyik masuk ubat thn sakit, so xde la rasa apa2. Tp masuk air dr petang tuh mmg berbotol2. Kejap2 nurse datang tukar air..kejap antibiotik..xkira lagik yg cucuk kat saluran air masuk & cucuk kat badan haku tp sebab dah rasa yg lebih sakit dr tuh, haku boleh thn lg malah kadang2 x terasa pun jarum tuh masuk dalam badan. 

Cuma yg sakit pun bila antibiotik masuk dalam badan jek. Nasib baik nurse yg pantau keadaan aku sepanjang mlm tuh ramah. Dia pun ade kasik selimut kat mak aku yg tido atas lantai. So, aku x ler tension sangat memikirkan kisah nurse2 yg bg layanan kasar kat patient cam yg haku baca kat aper @ majalah2. Huargghhh!


::: HARI KE-2 (20.03.2008) KHAMIS:::

Alhamdulillah pagi tuh haku rasa ok skit. Pagi2 dah haku sedar masa group Doktor tuh datang. Sama cam semalam. Check perut haku, bg penerangan kat doktor2 pelatih haku rasa la, then blah. Rasa sehari 3x kot dorang datang. Yg nurse lak setiap sejam @ 2 jam sekali datang amik suhu badan & tekanan darah. Yg budak nurse practikal  pun ramai gak keliling haku. Haku dah kira2 dah, mungkin haku duduk wad dalam 4 hari jek. Lepas tuh bleyy balik. Yessszaa!!


WAD SECOND CLASS

Lepas Doktor check, nurse bgtau nak tolak haku masuk wad 4 katil. Sebenarnyer mmg haku mintak duduk 2nd class tp sebab masa mula2 masuk tuh dah penuh, so dorang masukkan haku dalam 1st class dulu utk sementara. 


MATA BUDAK KATIL SEBELAH CAM NAK TERJOJOL KUAR..!!!

Dah sampai dlm bilik 2nd class tuh, haku nampak cam ramai jek orang sebelah katil haku. Melawat kot? Kebetulan masa nurse tarik langsir yg sebelah tuh, haku & budak sebelah katil nih sama2 menoleh. Allah! Haku terkejut. Mata budak sebelah katil haku tuh terjojol cam nak terkeluar. Mata dia merah dengan urat2 mata jelas sangat. Haku cepat2 toleh ke lain. Haku dengar dia mengerang. Cam sakit sangat tp haku x tau dia sakit ape. Haku nampak sorang akak tuh salu tgk2 tempat haku tp sebab haku masih lemah, mmg x larat ler nak bertegur sapa & nak senyum. Rasa cam x selesa ade jugak kat akak tuh. Asyik2 tgk haku.


HAKU SETAT CHERRY-BERRY @CIRIT BIRIT DAA..!

Haku perasan haku setat cirit! Cirit? Haku x makan ape pun lg nih. Last makanan haku telan biskut kering & air teh O masa haku kat umah tuh. Rasa cirit haku mmg dah teruk. Bape kali terpaksa panggil nurse tukar pampers sebab mak haku mmg x berani nak sentuh badan haku sebab badan wayar kiri kanan, dgn tiub masuk air, tiub urine bag, yg cam penyepit baju tuh pulak kat jari kaki & tangan sume ade. Kadang2 masa dorang tukar pampers @ baju pun haku antara sedar @ tak jer. Paling sengsara bila bocor sebab nurse kene tukar sumer cadar tilam @ alas. Bila nak tukar sumer tuh, maknanyer haku kene lebih byk bergerak sedangkan haku x boleh bergerak. Hatta mengiring sekalipun. 

Masa nurse kejutkan haku nak amik tekanan darah & suhu badan pun sedar setakat nk bg respon yg haku tau dorang tgh buat keje jek. Tepi katil haku siap ada monitor tuh. Ala…yg macam dalam citer lam tv tuh. Bende tuh yg buat haku kurang selesa skit.  Asik bunyik2 jer. Bising! 


DEMAM

Petang tuh haku rasa badan lemah semacam. Rasa cam nak demam tp harap2 la haku x demam. Haku nih jenis jarang demam, klu sekali kene, mau 3-4 hari nak baik. Tuh pun klu cepat baik. Betul sangkaan haku. Mlm tuh haku setat demam. Siap ngn batuk lg tuh. Cucuk lg ubat demam. Iskk… Seram kene cucuk2 nih tambah2 lg haku yg mmg takut jarum2 nih. Kepala aku kejap2 pening tp syukur xde rasa nak muntah. Haku harap sangat x muntah. Bayangkan dengan perut terbelah cam tuh nak muntah2. Iskk…cemane la rasenyer? Nak batuk2 pun haku tahan. Yg boleh tahan..Yg x bleh tahan, terasa gak ngilu kat perut tuh. 


THANKS FREN & KRONI'S DATANG MELAWAT..

Nasib baik ada kawan2 datang melawat haku. Masa dorang datang tuh, lupe kejap yg keadaan haku nih cam nih cuma haku xbley nak sembang2 sangat. Sebenarnyer haku rasa sedih tgk orang melawat haku. Kalo boleh haku tanak orang datang melawat haku, tgk haku berkeadaan cam tuh, badan setat bengkak2 semacam. Memikirkan haku yg terbaring x berdaya kat situ. Perkara yg x pernah2 terlintas akan haku lalui. Mana tak, biasa haku yg melawat orang, nih orang melawat haku. Tp kalu x bgtau dorang, kang kecik ati lak. 

Papun, thanks kat member2, kawan sepejabat & kronies yg datang melawat haku. Ade yg datang 2-3x. Tuh pun haku bgtau kat hubby sms kat sape2 yg dia kenal dalam list hp haku. Kepada yg haku xbgtau tuh, sorry banyak2. Nak pegang hp pun xlarat. Apatah lg nak sms. Wayar kiri kanan.


SESAK NAFAS

Pagi tuh haku rasa lain macam. Sesak nafas. Haku soh mak tekan loceng panggil nurse. Nurse datang, haku bgtau dia haku sesak nafas. X penah2 cam nih. So, dia pasangkan oksigen yg tiub masuk idung tuh kat haku. 1st time lagi pakai benda cam nih. Mula dr kusi roda, lepas tuh urine bag, skang nih oksigen lak. Lepas nih ape lagi?? Harap la setakat tuh jek. Petang tuh haku xbleh tido. Biasanya haku lepas masuk ubat, antibiotik & ubat demam, haku terlelap.Sesak nafas yg teramat sangat. Tekak haku jadik kering bila tarik nafas dalam2. So, mak panggil nurse lagik. Datang nurse, dia tukar oksigen. Buat Neb. Guna oksigen yg cam ada asap tuh. Guna yg tuh, rasa lega. Last2 haku tertido.


JANGKITAN


Rupa2nyer haku dah setat kene jangkitan! Doktor bgtau yg haku sesak nafas sebab paru2 haku dah kene jangkitan kuman. Haku kene cirit pun sebab jangkitan jugak kat usus. Allahuakbar! Rasa berat sangat dugaan nih. Dengar jek kene jangkitan, air mata haku menitis lagi. Kalau kene jangkitan, maknanyer lame lagi ler kat wad nih! Kali nih x selindung lg depan mak walau seboleh2 haku xnak tunjukkan kat mak yg haku sakit! Masa hubby aku datang waktu melawat tuh haku rasa sedih yg x boleh tahan. Hubby pujuk ckp xde pape. Haku sebenarnyer takut apa2 jadik kat aku! Rasa x sedia lagi. Aku cuba kuatkan semangat. Nak cepat sembuh, nak balik rumah.


MASUK TIUB KAT HIDUNG


Hari tuh nurse bgtau dia nak masukkan tiub dalam hidung haku. Tiub tuh utk buang air kotor dalam perut haku. Masa jolok dalam hidung tuh, xle sakit sangat cuma rasa x selesa tp bila tiub tuh sampai ke tekak, haku rasa nak muntah. Terasa pahit kat tekak. Nurse cakap tuh gel yg kat hujung tiub tuh. Tiub tuh sampai ke dlm perut haku. Bertambah lagi satu “accessory”. Lagi x selesa! Melalui tiub tuh, kuar air keruh warna coklat dr dalam perut. Air kotor kot. Bila haku batuk, nampak ler mengalir kuar cam lendir2 @ keladak dalam botol tuh. Haku tgk pun rasa cam x sanggup!

Mlm tuh haku x pat tido lena. Budak sebelah haku asyik mengerang, menangis, mengerang, menangis. Kejap2 dia meracau. X tau bila yg dia senyap. Akak dia pujuk2 soh sabar pun x jalan jugak. Agaknyer mmg sakit giler ler kot. Rasa cam lagi dahsyat kesakitan yg dia tanggung berbanding haku..

bersambung...


0 ORANG DAH HISTERIA...!!!!!:

Post a Comment

♥♫☻ KORANG SUME AKAN KELIHATAN SANGAT "SWITTT LAAAGI GOJESSSS" SEKIRANYA BERGOSIP SECARA AYU & SOPAN. TERIMA KASIH, DAUN KELADI..HEHE ☻♫♥

# KLIK TO OLDER POSTS #

# KLIK TO OLDER POSTS #

#BLOG ARCHIVE#

There was an error in this gadget