✿ ASSALAMMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA U OLSSS..!! ✿

✿ WAKTU BERDETIK ✿

FOLLOWERS

Thursday, 13 January 2011

::MATA BERAIR & BERTAHI MATA::

haku pasan mata haku since 4 hari lepas, asal mlm jer jadik cam kelat. bukan kelat nak tido sbb haku nih bukan jenis tido awl. tp kelat dia lain macam. sampai mata haku jadi berair, tapi x merah2 cam org biasa sakit mata tuh cuma agak kabur2. mula2 haku x amik kisah. tapi yg haku pasan, sblm haku tido mlm..mata haku cam ade selaput putih kat dlm mata. haku xde plak guna ape2 produk utk mata ker ape. Pastuh, bila bangun pagi, mata haku jadik bertahi yg amat sampai susah nak bukak. Pastuh tahi mata tuh yg kaler ijo/kuning pekat. cam kaler kahak tuh. **err.. klu geli, x yah baca yek...nih just utk share2 jer..

agak berlarutan jugak ler dlm 4 hari mata haku cenggituh. sampaikan kalo tgk tv, haku x bleh ngadap kipas duduk sbb mata x leh kne angin kipas. so terpaksa bukak kipas siling jer. pastuh kjp2 haku terpaksa g cuci @ kelip2kan mata kat air paip. klu x buat cam tuh, haku ghasa x selesa & mende haku tgk kat tv x brp nampak.

pastuh semalam haku tgk dokumentari tajuk Monsters inside Me, ch555 ker 550, x hengat plak. cam seriau lak bila pompuan yg dlm dokumentari tuh mata dia ade parasit yg masuk, kacau dia nyer penglihatan. rupa2nya berjangkit masa dia berkebun & tgn dia x cuci bersih2. nasib baik cpt dpt rawatan, klu x..doc ckp maybe dia dpt jangkitan yg lebih teruk & mungkin kehilangan daya penglihatan dia.. Omaigoatt..!!!~ nauzubillah.

So, hari nih haku try ler meng-gugel sikit2 info pasal neh, haku dpt sikit jer cam yg kat bwh nih. tp nnt nak gugel lg sbb yg neh pun haku curik2 gugel sbb tgh bz...

Keradangan atau sakit mata pada selaput mata putih yang menutupi mata dan bahagian dalam permukaan pelopak mata.



Punca peryakit
1. bakteria( jenis haemophilus)
2. jangkitan virus (beserta selsema )
3. bendasing seperti percemaran udara, habuk, asap, sabun, make up, klorin dan lain-lain lagi.

Jangkitan melalui:
· tangan yang tercemar
· tuala
· alat kosmetik
· bulu mata palsu
· kanta sentuh

tanda-tanda:
· gatal
· mata merah
· perit terkena cahaya
· mata bertahi
· bengkak mata
· sakit
· rasa “pasir” dalam mata
· kabur penglihatan


tempoh:ianya memakan masa dari beberapa hari hingga 2 minggu bagi penyakit sembuh.

Pencegahan:
Sukar dicegah,namun langkah –langkah bagi mengurangkan jangkitan merebak ialah:
· mengelakan tangan menyentuh mata
· kerap menyuci tangan
· tidak berkongsi tuala atau sapu tangan
· tidak berkongsi kosmetik mata dan ubat mata
· penggunaan kanta sentuh secara bersih
· memakai alat pelindung mata apabila perlu
· tidak berenang didalam kolam yang kotor


AMARAN:
Sekiranya berlaku perkara berikut; berjumpalah doktor anda
· penglihatan berubah
· sakit mata yang bersangatan
· sakit ketika menggerakkan bola mata
· tidak sembuh dalam masa48-72 jam mengambil ubat
· teman sebilik atau ahli keluarga juga dijangkiti
· mata terlalu sensitive kepada cahaya

Rawatan:
bergantung kepada punca penyebabnya.
Ubat titik mata atau ointment yang mengandungi antibiotik atau antivirus digunakan bagi menghalang jangkitan. Petua:
· gunakan tuam sejuk keatas mata 3-4 kali sehari untuk 10-15 minit, menggunakan kain bersih setiap kali. Ini boleh mengurangkan gatal, bengkak dan memberi keselesaan kepada mata.
· Elakkan daripada menggosok mata.
· Kerap mencuci tangan.
· Jauhkan tangan daripada mata.
· Gunakan kacamata hitam.
· Jauhkan dari terdedah kepada habuk,panas dan kekotoran lain.
· Elakkan menggunakan kanta sentuh.
· Gunakan sampul bantal yang bersih setiap masa.

Disediakan oleh:
Dr.Wan Idris Wan Hussain ,PKPUUM.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan . sila hubungi Pegawai Perubatan PKPUUM untuk maklumat lanjut.


.::Nota KhaKi MuS0x!::.
info ini adalah secara umum sahaja, seelok2nyer korang g
jumpa pakar2 mata di klinik2 yg berdekatan
untuk pertanyaan & rawatan lanjut.
 
**SUMBER :: Incek Gugel.

0 ORANG DAH HISTERIA...!!!!!:

Post a Comment

♥♫☻ KORANG SUME AKAN KELIHATAN SANGAT "SWITTT LAAAGI GOJESSSS" SEKIRANYA BERGOSIP SECARA AYU & SOPAN. TERIMA KASIH, DAUN KELADI..HEHE ☻♫♥

# KLIK TO OLDER POSTS #

# KLIK TO OLDER POSTS #

#BLOG ARCHIVE#

There was an error in this gadget