✿ ASSALAMMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA U OLSSS..!! ✿

✿ WAKTU BERDETIK ✿

FOLLOWERS

Saturday, 25 September 2010

*DOAKU*

dan... kadang-kadang aku juga terleka mengingatimu.
Kau berikanlah yang terbaik buatku 
dan kuatkanlah imanku dalam menghadapi 
dugaan terbesar dariMu.
AMIN

Friday, 24 September 2010

*SEDIH..ENTAH SAMPAI BILA??*

Pagi nih terserempak seseorang. MUSUH?? TIDAK..!! Dia bkn musuh haku. Malah kawan yg x pernah mendatangkan masalah buat haku, tp sekarang haku yg TERpaksa meminggirkan diri. Haku pun x pnh ade masalah ngan dia. Salu tegur2 & sembang2 ngan haku satu masa dulu. Tapi ada "sesuatu" yg buat haku rasa sedih tiap kali tgk dia. Yang buat haku rasa haku TAK SEMPURNA macam dia. Juga tak SESEMPURNA org lain....dan haku "TAK PERNAH" ada tanda2 yang haku SEMPURNA macam dia atau org lain....

Salunya haku mengelak dr bertembung ngn dia, kalo ade jln lg jauh, haku sanggup ikut jln tu. Kalo xde, haku rela tggu sampai dia berlalu, or menyorok dan melarikan "mata" haku nih dr "pemandangan" tuh sbb x nak tgk perubahan "bentuk fizikal" dia, tp ari nih haku dh xde jalan lain. dah TERserempak, dan x bleh elak. Dan TERPAKSA jugaklaa haku nih TERmeramahkan diri tegur dia sambil buat muka cam xde ape2 berlaku (tp dlm ati, tuhan jer yg tahu perasaan haku terutama kebelakangan nih. 

Haku x tau sampai bila haku nak mengelak cam nih. Bukan salah dia "berkeadaan" cam tuh. Cuma haku yg "TERASA" sendiri bila "TAK PERNAH BERKEADAAN" sebegitu. Haku yg terasa bila kekurangan sesuatu, yg org lain ada juga PERNAH ada & rasa... 

Kdg2 haku rasa kalo ler buleh haku nih hilangkan ingatan terutama bila memikirkan keadaan org sekeliling, dah lame haku buat. Kalo ler boleh haku pegi satu tempat yg boleh menenangkan diri haku nih, bertapa utk seberapa lama yg boleh, dr dulu dah haku pergi. Tp xde ape yg blh buat haku lupa. Perasaan itu ibarat bayang2 yg sentiasa ada dlm diri haku. Tak pernah jauh pun. Haku x bleh buang jauh2.

Haku pnh buat tindakan yg haku sendiri x pnh terfikir. Sampai ke satu tahap haku telan berbijik2 pil yg haku x tau pil ape yg ade kat umh konon utk lupakan "perasaan sedih" itu, tp hasilnya haku sendiri yg terseksa. Akibatnya, dada haku terasa panas cam berbahang + sakit yg amat & satu hari haku x sedarkan diri akibat dos berlebihan. Tapi haku x pnh bgtau sapa2. Haku sendiri yg menanggung akibat kebodohan & tindakan melampau haku tu. Haku nak mengadu kat suami, haku tak nak dia rasa ape yg haku rasa, lihat & dengar. Dia pun sama2 sedih. Jadi, biarlaa dia tak tau. Biar laa haku yg menanggung perasaan tu. Nak mengadu kat mak & keluarga, lagi haku tak nak. Cukuplaa dorg lihat haku nih sbg sorg yg "konon" kuat tp sebenarnya "lumpuh" dasar & dalaman.   

Sapa laa yg akan faham ape yg haku rasa bertahun2 nih. Hanya haku & org2 senasib jer pun kalo dorg nk faham. Kalo org ckp ape yg haku buat tu TINDAKAN BODOH, ckp laa ape pun. Sapa laa haku nih nak fahamkan org lain yg xpnh lalui ape yg haku lalui. Kalau ade pun org yg melalui ape yg haku lalui, haku tau dorg lagi tabah dan kuat dari haku.  

Haku nak elak or butakan mata dr melihat keadaan macam tuh pun mmg x boleh. Haku kerja yang sentiasa berdepan dengan org2 dan org2 yg "berkeadaan fizikal" macam tuh. Entah sampai bila haku nak jadik cam nih. Dah cuba sedaya upaya haku menerima keadaan sebegitu tp nak buat x semudah bila kita berckp. Melainkan haku dok dlm utan. Tak jumpa sorang manusia pun dan x pyh memikirkan kata2 org sekeliling.

Haku x tau sampai bila haku harus melawan perasaan cam nih. Haku x kuat utk menghadapi segala dugaan yg MAHA BERAT ini. Hanya pada Allah sajalah tempat haku mengadu. Hanya Dia yg memahami apa yg haku rasa... Dan hanya Dia sahaja yg tau mengapa ujian seberat ini diturunkan buatku.

Semoga hidup haku nih akan ada sinar menanti cuma haku yg x tau entah bila sinar itu menjelma. Amin :'(


BUAT SUAMIKU TERCINTA, TEMAN TERAKHIR DUNIA AKHIRAT:
Pohon ampun & maaf atas apa yg berlaku dulu, kini juga satu hari nanti andai hilang pertimbangan & kewarasan tatkala diri ini x kuat menghadapi semua dugaan. Terima kasih tak terhingga kerana sentiasa bersabar & menyabarkan diri ini, sentiasa sudi ada di sisi bila diri ini memerlukan bahu untuk menangis & tanganmu sentiasa rela tanpa JIJIK & JEMU untuk menyapu air mata & air hidung yang entah bila akan berhenti mengalir........... :'(

Wednesday, 1 September 2010

*SHOPPING RAYA @ JJ CHERAS*

posa x abes lg haku dah bukak entry pasal raya. ngeeeeee ehehe.. hokey la dr blog x hapdet kan... nk cite sal semalam sempena merdeka, pegi ler JJ Cheras kengkunun nya nak shopping ghaya. Ekceli nak pegi lam kul 11am cam tuh tp dek kerana incek bebob agak kemalasan, last2 pegi ptg. Tuh pun ptg tuh plak ujan lebat kat Kajang. Sepatutnya kuar dr umh kul 3.00-4.00pm, last2 kuar kul 6.00pm. x kira lg dengan incek bebob nak g klinik amik ubat semput dia, pastuh dengan jem area ke JJ tuh. Last2 berjaya sampai sane dekat2 kul 7 yg mane sume tmpt2 mkn dah fenoh.

Last2 kitorg pegi Watson beli air mineral & cekelat wat alas perot. pastuh tapau naget & udang hot & spaisiiii @ kepsi buat ilang lapar sblm g shopping. Dah namanya lapar, kengkunun nak alas perot, last2 x menyabar, g makan jugak kat Sikret Serepi sblm shopping. Haku mkn Laksa Swk & incik bebob mkn Lasagne Beef. Sedapp!!!!~ ( **Haihh...haku mmg malas tol bab2 shopping pas makan neh. Jadik x smangat. Tp demi nak beraya, ku gigihkan jua kaki neh melangkah.)

Kat JJ semalam ramai giler org tp yg ramainyer Chinese haku tgk. maybe sume amik kesempatan cuti umum kuar ngan family. Pastuh kat JJ ade pertandingan pakaian beragam. Pix xde, lam hp incik bebob. hehehe

Masuk JJ, haku dh x reti nak pileh ape. last2 beli sepasang sandal raya yg lembut & sesuwai utk org tua, sbb nak kasik kat mak haku. sblm nih berkenan yg kat Walk In Alamanda tp incek bebob ckp x sesuai utk mak sbb agak tinggi (haku nih salu main belasah jek & ikut lawa kaki aku memakai jer, untung2 bleh pinjam time blk) wakakak...!! :p

Haku plak beli sandal raya plak (byk la sandal raya, sandal keje senonyer sbb beraya pun kat umh jek) :p Pastuh berkenan tgk jam yg sales 70%. Haku nih mmg xde plan langsung nak beli jam tp sbb nampak less 70% tuh, haku jadik lupa daratan & gelojoh. :p Tp nasib baik incek bebob pun nak beli gak. Alaaaa..jam murah jer pas less nyer..... bleh wat tukar2. pas beli jam, baru ler carik baju incek bebob. itupun puas haku paksa sbb mula2 dia tanak. *haihh..

Dia ckp bkn nak raya sgt tp bg haku sekali sekala kne gak ler beli wlupun bkn utk raya. asik2 baju same... kaler dia pileh pun kalo x haku bising2, asek amek itam, coklat, itam, coklat. ntah ape berkenan sangat 2 kaler tuh smp x de kaler lain.

layan jer la pix nih... mls nk membebel byk...bulan posa kan... muakakaka... :p









# KLIK TO OLDER POSTS #

# KLIK TO OLDER POSTS #
There was an error in this gadget