✿ ASSALAMMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA U OLSSS..!! ✿

✿ WAKTU BERDETIK ✿

FOLLOWERS

Friday, 11 June 2010

*CEKIK BAYI HINGGA MATI*

KOTA KINABALU: Bunyi tangisan bayi yang nyaring pada malam hari membongkar perbuatan seorang ibu bersifat syaitan dipercayai mencekik bayi dilahirkannya sehingga mati, sebelum mayatnya dibungkus dan ditanam di sebuah ladang di Jalan Jerecoh, Kinabatangan, di sini, semalam.

KEJAM...mayat bayi perempuan cukup sifat dicekik ibunya sendiri
 sebelum ditanam secara sembunyi.

Salah seorang pekerja ladang yang enggan dikenali, berkata, pada mulanya dia mendengar suara tangisan bayi kira-kira jam 9 malam, kelmarin ketika mahu mematikan enjin bekalan air terletak bersebelahan rumahnya. Bagaimanapun, katanya dia takut melihat apa yang berlaku kerana menyangka ia suara hantu berikutan lokasi kediamannya jauh daripada penempatan penduduk.


Katanya, pada keesokkan harinya (semalam), dia tergerak hati menyiasat apa yang berlaku sebelum mengajak salah seorang rakan menemaninya. Beliau berkata, sebaik tiba kawasan belukar tidak jauh di belakang rumahnya, dia terkejut mendapati ada longgokan tanah yang masih baru digali seperti sebuah busut kecil.

“Kira-kira satu jam memeriksa kawasan ini, rakan saya terlihat kesan tanah baru digali tetapi ditimbus pelepah kelapa sawit sebelum mengalihkan timbunan daun itu.
“Saya menggali semula busut kecil ini sebelum menemui satu bungkusan kecil dibaluti guni plastik sebelum membukanya,” katanya.

Lelaki terbabit terkejut apabila mendapati guni palstik itu mengandungi mayat bayi masih bertali pusat dan dipenuhi darah sebelum menghubungi pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Deputi Superintenden (DSP) Jaini Abdul Kadir, ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan berkenaan. Katanya, sebaik menerima panggilan itu, pihaknya menghantar beberapa anggota menyiasat dan mengesahkan menemui mayat bayi lelaki baru dilahirkan dan ditanam secara sembunyi.

“Dua lelaki terbabit mendakwa menemui mayat bayi ini selepas mendengar tangisan bayi pada malam sebelum itu sebelum mencari punca bunyi berkenaan pada pagi esoknya.

“Mereka menemui longgokan tanah baru digali lalu menggali sebelum menemui bungkusan guni mengandungi mayat bayi cukup sifat dipercayai baru beberapa jam baru dilahirkan sebelum dibunuh dan ditanam,” katanya.

Katanya, berdasarkan maklumat daripada lelaki berkenaan, dia pernah melihat seorang wanita sarat mengandung mundar-mandir di ladang terbabit beberapa kali sebelum ini.

"Bertindak atas maklumat itu, pihak polis mengesan rumah wanita terbabit dan mendapati perutnya kempis sebelum ditahan untuk siasatan.

Polis percaya wanita berusia 33 tahun ini dipercayai melahirkan sendiri bayinya sebelum mencekik dan menanamnya untuk mengelakkan daripada diketahui masyarakat,” katanya.

Jaini berkata, wanita itu ditahan untuk siasatan lanjut. Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal terhadap mayat bayi itu mendapati terdapat kesan lebam pada lehernya dipercayai dicekik.

Bayi malang ini dipercayai masih hidup ketika dilahirkan tetapi mati akibat dicekik sebelum ditanam."

“Tangisan akhir bayi didengari pekerja ladang itu adalah tangisan terakhirnya sebelum ditanam,” katanya.

Menurut Jaini, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang mayat bayi secara sulit
 
..::Nota PiLu::.
hakikatnya ramai lg WANITA kat dunia nih h
yg bersedih, terkilan & terpaksa redha dengan ujian
Allah sbb tidak/blm dikurniakan ANAK
(termasuk haku & kwn2 senasib yg still berharap)
tapi knp SETAN mcm nih senang2 nak bunuh anak sendiri?
KENAPA??????????????
APA SALAH DIA?????

3 comments:

  1. akak..kesiannya!! huhu tula..kenapala dorg xbersyukur,,bunuh plak..smpainya hati..susah payah menngandung 9 bulan...sob3 T_T

    aka,,sbr ye,,ni mgkin dugaan!! kerm doakan akak cpt2 dpt baby,,^__^

    ReplyDelete
  2. CIK KERM >>> thnx..akak AMINkan doa cik kerm. Nnt dah ade baby, dia dah besar bleh tlg akak uruskan bebudak kaki 4 tuh. ngeheheh ;)

    ReplyDelete
  3. CIK KERM >>> tuh la..akak tgk, menitik air mata memikirkan sengsara bayi x tau ape2 tuh kne bunuh cam tuh. Kalo la dia dpt baby tuh secara "HARAM", ape la salahnyer letak dpn umh orang ker, masjid ker, surau ker, klinik ker, spital ker... nih menambah2 dosa plak nak membunuh. NERAKA JAHANAM la tempat yg selayak2 untuk dia selagi dia x bertaubat. :'((

    ReplyDelete

♥♫☻ KORANG SUME AKAN KELIHATAN SANGAT "SWITTT LAAAGI GOJESSSS" SEKIRANYA BERGOSIP SECARA AYU & SOPAN. TERIMA KASIH, DAUN KELADI..HEHE ☻♫♥

# KLIK TO OLDER POSTS #

# KLIK TO OLDER POSTS #

#BLOG ARCHIVE#

There was an error in this gadget